Wednesday, July 16, 2014

Salam Ramadhan semua,lama saya tak update blog...Antara kek  kegemaran saya  ialah kek Barbie...Saya mendapat panggilan telefon daripada Shima katanya dia mahukan kek Barbie Frozen...sebenarnya saya agak ketinggalan dan  tak ambil tahu pasal cerita kartun...saya pun cuba google... owh inilah rupanya Frozen...yang selalu TV3 nyanyikan lagu Let it go tu...gambar yang di hantar terlalu simple..kebetulan minggu itu tiada order lain ,saya cuba bertanyakan padanya kalau akak ada idea yang lebih menarik boleh buat tak...boleh katanya..selalunya idea akan datang ketika mendeko...Warna yang diminta biru ..saya cuba gabungkan 3 jenis warna iaitu biru air laut,turqoise dan royal blue barulah tak membosankan...saya masak agar-agar dengan sangat pekat supaya kelihatan seperti aisdan tak cair serta membuat taburan salji,pokok pinedan juga orang salji...tiba-tiba pula  rasa nak buat lain sikit...buat castle...saya warnakan kek dengan sejenis pewarna berkilat seperti eye shadow yang boleh dimakan...saya cuba mendeko dengan sepuas hati namun dalam hati saya ada kerisauan kalau-kalau customer tidak suka..Alhamdulillah kata ke dua-dua suami isteri sebaik melihat kek ...cantik!..Keesokan harinya saya menghubungi mereka kerana nak tahu keadaan castle tu takut-takut terkeluar semasa perjalanan.kerana.saya belum pernah buat pun sebelum ini...katanya  ok tak ada apa..kek sedap semua habis,lain kali dia nak order lagi  ..tqvm...

 Hello Kitty kek...

 


Ini pula 2 biji kek pertunangan termasuk Hello Kitty Cake yang ditempah Aida, sebelum ini pun Aida pernah menempah kek bergambar..tqvm Aida...





Ini pula kek yang ditempah oleh Nina...first time order sampai 3 biji tqvm Nina.. 


Ini pula kek yang ditempah oleh Sue..sebelum ini dia pernah order Hot Air Ballon Cake...katanya dia nak 
cupcake yang simple.aja.saya dapati Sue seorang yang gemar berfesyen...lalu datang idea nak abadikan  pada cupcake ini...

 
Ini pula order daipada Laila ,hadiah untuk Bossnya pada majlis berbuka puasa..bertemakan kereta mewah..Tqvm Laila...



1 comment: