Monday, April 23, 2012

Jom kita belajar buat Macaron.....


Tuesday, April 17, 2012

Wedding Cake Fresh Flower Idea

Selain daripada bunga gula yang selalu digunakan apa kata kita tukar kek kita dengan bunga  hidup yang nampak segar....Ini adalah beberapa idea kek perkahwinan yang  menggunakan fresh flowers tetapi nampak simple dan kemas.....
Tolong ambil perhatian: kek ini bukanlah hasil kerja tangan saya,saya browse dari kek mat salleh sekadar menjamu mata anda...

































Pastikan jangan digunakan banyak daun supaya kek tidak nampak berserabut .....

Sunday, April 15, 2012

Resepi Fondan dan Gelatin Icing

Ini adalah resepi fondan yang saya selalu gunakan.Sebelum saya memulakan perniagaan saya telah mencuba pelbagai resepi dari internet dan buku tetapi bukan semua yang dapat hasil yang terbaik.Ada yang menggunakan banyak gelatin hingga menimbulkan satu bau yang kurang menyenangkan.Ada juga yang rasanya sedap seakan2 marshemellow tetapi lantaran resepi itu dicampurkan dengan banyak tepung jagung fondannya akan retak macam elephant skin setelah beberapa jam.Ada juga yang dohnya sentap tetapi nampak berkilat.Pernah juga saya mencuba resepi cook fondan Nicholas Lodge tetapi cepat terkoyak...Ini adalah resepi dari Min Baking Project my sifu...Resepinya tidak mudah terkoyak dan nampak basah kerana kandungan gliserin di dalamnya.
Masa memasak gelatin adalah penting dan bergantung kepada kecairan glukos dan peralihan waktu sebelum campuran disatukan dengan icing sugar.Kalau masa dan tempreture terlebih dan terkurang doh akan melekit kalau suhu terlebih panas atau adunan akan menjadi sedikit apabila suhunya menurun...
 Tips# Untuk doh yang melekit boleh juga dicampurkan dengan icing sugar atau tepung jagung.Jikalau doh keras masak doh beberapa minit dengan double boiler iaitu doh diletakkan dalam stainlees kemudian isi kuali yang berair didihkan api perlahan.

Resepi Fondan

1 table spoon +2 teaspoon serbuk gelatin

1/4 cawan air suhu bilik atau 60ml 
1/2 cawan glukos cair atau 125ml( hanya terdapat di kedai menjual bakeri dan bukan glukos orang sakit minum tu)
30gm lemak sayuran atau 2table spoon 
22gm gliserin  (1 tablespoon)
1  kg aising sugar ( diayak)

# Tips untuk menyedapkan saya gunakan 1 tablespoon esen rose boleh di campur di dalam campuran gelatin atau boleh juga digunakan perisa nenas tetapi doh akan nampak kekuningan...

Caranya

Taburkan gelatin di dalam air biarkan kembang,masukkan gelatin di dalam double boiler iaitu periuk diletakkan  di dalam  pan atau kuali yang mengandungi air masak atas api dan kacau sehingga gelatin menjadi hancur dan cair.
Campurkan  glukos sehingga campuran nampak cair dan tidak kental.Masukkan lemak sayuran hingga cair.  Angkat dari api dan masukkan  gliserin , kacau dan masukkan pula perasa rose esen dan kacau.Biarkan campuran suam sehingga 5 minit.Letakkan gula di dalam satu mangkuk besar dan buat lubang di tengahnya kemudian campurkan adunan gelatin dan uli.Kalau doh terlalu lembut tambah sedikit gula aising dan kalau doh terlalu  keras tambahkan beberapa sudu kecil air...Bungkus dengan ciling film dan masuk  di dalam bekas kedap udara.Doh tidak boleh terdedah kepada udara nanti akan menjadi keras.Resepi ini akan menghasilkan 1 kg pes gula dan tahan  hingga1 bulan dan jangan pula dimasukkan di dalam peti sejuk nanti akan menjadi keras macam batu dan doh berpeluh.Sapukan tangan anda dengan shoterning,sebelum mencanai agar tangan tidak  melekit dengan gula dan taburkan icing sugar atau tepung jagung  di atas permukaan canai supaya doh tidak melekat..Lebih senang kalau ada non stick mat atau boleh dicanai atas plastik..



Ini pula resepi gelatin icing yang boleh digunakan untuk membentuk  bunga2 dan objek.Kalau hendak gunakan fondan pun masih boleh dibentuk cuma bentuknya akan berubah sedikit kalau panas,bunga akan nampak layu  dan tidak  dapat dicanai nipis.Fondan tidak sesuai untuk dibuat sebarang hiasan.Resepi ini menggunakan bahan daripada yang mudah didapati dan macam porselin kalau pecah  serta elakkan  dicanai terlalu nipis takut retak, Saya suka gunakan resepi ini kerana senang dibentuk.Terima kasih kepada http://cherryonacake.blogspot.com/.Oh ya fondan yang dibeli kadang2 retak .Anda boleh mencuba dengan menguli bersama shortening hasilnya fondan akan kelihatan licin...Jikalau  FONDAN melekit boleh gunakan icing sugar atau tepung jagung yang diuli betul2..


Resepi Gelatin Icing

500gm icing sugar
12.5gm gelatin powder
4table spoon(60 ml) air
2 teaspoon (10ml) glucose
Tepung jagung

Caranya

Taburkan gelatin di dalam air selama 2 minit,panaskan secara double boiler hingga cair.Angkat dari api campur glukos biarkan selama 2 minit  kemudian  campurkan dengan icing sugaR yang dibuat lubang di tengahnya dan uli dan tambahkan tepung jagung agak2 hingga menjadi doh dan tidak melekat.Bungkus di dalam ciling film simpan di dalam bekas kedap udara .Boleh digunakan selepas sejam. 

Tips untuk mewarnakan # Gunakan pewarna americolor dan jangan gunakan pewarna air biasa nanti doh melekit2.Kalau gunakan perwarna air atau minyak perlu ditambahkan icing sugar supaya tidak melekit dan boleh juga dibiarkan beberapa minit terdedah di udara untuk mengeringkannya. Caranya picit warna di dalam sedikit  doh yang dicubitkan kemudian campurkan sehingga sekata warnanya dan campurkan balik dengan kuantiti doh yang hendak digunakan.Atau picit warna ke atas doh lalu diuli sehingga sekata..Kalau doh melekit biarkan beberapa minit sehingga nampak sedikit kering dan kemudian boleh digunakan .Doh boleh juga dicampurkan dengan icing sugar atau tepung jagung jikalau melekit.
Tips # Warna akan menjadi lebih terang jikalau doh diwarnakan dan dibungkus kemudian dibiarkan selama beberapa jam. 
Selamat mencuba.........

Wednesday, April 11, 2012

Kek Piano











Kali ini saya nak tunjukkan kek piano.Kalau saya cakap kek fondan ini boleh buat piano banyak orang yang masih hairan...Ini adalah beberapa kek yang tercantik yang saya browse...internet..Just nak buka minda pembaca dan idea kreatif kek..Kek ini  sangat manis dijadikan kek harijadi dan juga  kek hantaran kepada pihak lelaki....Kek fondan ni kalau kreatif boleh buat macam2 nak buat baju kebaya,kemeja, keretapi, dan macam2...pun boleh tapi kena tau cara.....




  Sesuai juga untuk remaja...


Kek ini pula dia sapukan coklat ganache.......sedapni...Mesti anda hairankan macamana nak dapat shape piano...senang aje  buatlah  satu template daripada kertas minyak kemuadian potong kek ikut kertas itu...



Warna  putih pun cantik...  


Ini pula kek piano untuk kanak2 perempuan yang suka ballay atau ballerina piano  cake....


Sunday, April 8, 2012

My New Cake Book Collection







Saya sempat membeli buku impian kek fondan daripada pengarang Wendy Kor dan Christina Yong...Dapat juga saya belajar membuat umbrella ,teknik kek yang kemas dan juga kek handbag Louis Vitton...Buku ini anda boleh beli di Giant Bayan Baru berhampiran Guardian dengan harga rm22...

Sunday, April 1, 2012