Sunday, December 25, 2011

3 Tier Wedding Pillow Cakes Order From Liza







Terima Kasih Liza.Untuk sesiapa yang berminat setiap kek ada 2 biji di dalamnya jadi keseluruhan kek ini mempunyai 6 biji kek. Di sekelilingya saya warnakan dengan gold color ..harganya rm 550....

Sunday, November 27, 2011

Pillow cake order from Nazwati St.Jude Medical

Terima kasih Wati .Ini adalah pertama kali saya membuat kek bantal yanga agak mencabar..Saya warnakan dengan americolor gold sheen untuk menghasilkan efek emas disekelilingnya....

Monday, November 7, 2011

My Cake Tools


Ini adalah penerap yang digunakan untuk menghasilkan bunga ,border untuk manik  dan untuk menerapkan cupcake serta boleh juga digunakan untuk menghasilkan renda atau frill...








Penerap ini boleh menghasilkan pelbagai jenis bunga seperti di dalam gambar....



Penerap pelbagai bentuk ...





Penerap huruf dan number...




Penerap yang menghasilkan berbagai corak kemudian dilukis menggunakan buttercream atau royal icing...

Perlu ada kalau bake cupcake paper cup dan cake   akan mudah mengembang kalau kita tidak menggunakannya...





Measurement cup ,cake tester mesti kena ada...






Crimp untuk menghasilkan biku pada tepi kek...





Rolling pin bertexture,fondant  smoother,alat pita pengukur untuk mengukur fondan,pizza cutter,brush,  tool untuk  pelbagai guna,tweezer untuk meletakkan manik bunga,chopstick untuk  mencucuk kek bertingkat  serta border renda......

Untuk piping ...



Ini adalalah warna yang saya gunakan.Pewarna boleh didapati dari jenis gel americolor,paste brand wilton,serbuk yang di panggil luster dust dan petal dust yang digunakan untuk menghasilkan warna yang berkilau atau bunga akan nampak lebih hidup...Pewarna air tidak sesuai digunakan dan juga pewarna minyak untuk aising buttercream kedua2nya akan menyebabkan doh melekit dan lembek...












Monday, October 3, 2011

My Cake Book Collection





Ini adalah buku terbaru yang saya beli.Lama juga saya mencari bukuni tapi kat belah Penang lambat sikit ,bukan lambat banyak sampai.Secara keseluruhan bukuni lebih kepada penggunaan acuan patchwork,stencil dan deko cupcake yang menarik...Semestinya saya akan membeli buku keluaran sifu saya....






Kalau ada sesiapa nak belajar kek fondan saya strongly recommand beli bukuni.Memang banyak jenis kek yang menarik serta penggunaan tools diajar...Sorry tak berani saya nak view gambar kek dalamm bukuni sebab dah tertulis hak cipta  terpelihara dilarang menyebarkan mana2 bahagian dalam bentuk elektronik....Memang puashati beli bukuni...Resepinya adalah the best resepi yang pernah saya cuba....




Kek dalam bukuni semuanya cantik-cantik lebih kepada kek perkahwinan ,hantaran...


Ini adalah buku Alan Dunn..Memang best bukuni,bunga macam hidup,diajar secara detail menghasilkan bunga rose,lily,kek perkahwinan...tapi sayangnya dia hanya memberitahu warna digunakan tetapi tak ditunjukkan teknik mewarna..kalau nak belajar dengan Alan kena bayar $3000 untuk kelas 2 hari sahaja itupun di London..Apapun saya dah tahu tekniknya setelah belajar dengan Shahril.... 



Bukuni pun bagus sesuai untuk sesiapa yang baru nak belajar kek buttercream keluaran Zati d hati...


Bukuni pun memang bagus diajar teknik membuat kek lapis lengkap dengan gambar...





Kek memang cantik tak terjangkau akal macamana kreatif sipembuatnya...sayangnya tak ditunjukkan cara membuat dan alat sesiku yang digunakan tak ditunjukkan..kurang sesuai untuk orang yang baru belajar macam saya...


Buku yang mengajar membuat coklat cara mudah...Saya dah  cuba tetapi fillingnya meleleh keluar..Apa pun semetinya kesilapan yang berpunca dari diri saya sendiri...

Thursday, July 28, 2011

Tambah ilmu real like flowers bersama Shahril












Sempat juga saya belajar di ICCA  Kota Damansara bersama Shahril yang memang pakar untuk menghasilkan bunga  seperti  hidup  daripada gula.Class demo yang berlangsung  selama hampir 4 jam ,hampir 30 orang attended the class.Kami diajar satu persatu teknik menghasilkan bunga dan daun  seperti dalam gambar .Bunga ini memang detail perlu  ada urat supaya ia nampak hidup kemudian digelek untuk menipiskan kelopak,dicucuk dawai  satu persatu kemudian diwarnakan dengan petal dust.Berbagai warna yang saya tidak pernah dengar digunakan.Bunga dispray dengan food gloss atau non stick pan spraying.Setelah dikeringkan barulah diikat.Kata Shahril bunga ini mengambil masa selama 2 hari untuk disiapkan.Apa pun memang berbaloi saya pergi ke class Shahril .Terima kasih buat Shahril dan ICCA.

Monday, July 25, 2011

iPhone Facebook Cake Order from Najiah



Terima Kasih Najiah .Dia order 2 biji kek untuk hantaran pertunangannya.iPhone cakeni kalau siapa nak order kek 10 inch with edible image,special price $150!!!.Please take note gambar asalni adalah hand painting ya...Saya rasa walaupun kek ini nampak simple tetapi lebih susah dari kek kamera.Saya menggunakan  hampir satu botol warna hitam untuk mendapatkan warna seperti di atas...Bagi saya kek ini adalah disaster kek...Berbelas jam saya membuat sebijik kek ini...doh dah memang susah dicover dan mudah terkoyak...Lain kali saya tidak akan membuat warna hitam pekat begini  ,saya kena stop  tambah warna bila doh dah nampak tak cantik...Piping royal icing pressurenya lain sikit...dan royal icing mudah retak  so  thats while saya akan gunakan edible image...tapi bagi Najiah katanya kek ini ok dan dia tak kisah pun...Apa pun makin lama makin banyak yang saya dapat belajar...

Thursday, July 14, 2011

Kek Hantaran Hijau


Kek ini adalah dummy cake,kerana saya mahu mencuba texture rolling pin yang baru dibeli.Untuk membuatkan corak supaya nampak timbul saya sapukan  americolor   pearl sheen.Bordernya saya brush dengan  gold luster dust.
Luster dust   merupakan serbuk yang berwarna gold  berkilat seperti eyeshadow ,memang mahal 2gram $17  itupun saya dah tertumpah setengah  kerana penutupnya sukar ditutup.Kalau nak guna titiskan bersama jus lemon baru  dia tak kering.

Friday, July 8, 2011

Camera cake



Saya ada menerima pertanyaan untuk order camera cake.Saya bukannya pandai pun dan masih baru lagi dalam dunia kek.Tak  berani juga saya nak buat kek yang lain daripada selalu... bila  saya buka   beberapa web mat salleh yang kek kameranya  tak nampak macam kamera pun.Saya cuba juga dan banyak juga ilmu  yang dapat saya pelajari daripada kek ini..Harganya $140...Tapi kalau anda order maaf saya tidak dapat buat warna hitam bedegam macamniyaa..kerana besar kemungkinan kek anda akan rosak,fondan melekit dan boleh terkoyak..Kek dalam gambarni saya brush dengan warna hitam tapi kurang sesuai kerna bila makan ia akan melekat warna hitam ditangan... Kek boleh jadi warna agak pudar sedikit...saya akan stop mencampurkan warna kalau saya dapati doh kurang elok...Tapi semuanya terpulang pada customerya anda boleh memilih nak kek hitam bedegam atau kelabu asap...

Monday, June 20, 2011

Cakes Gallery


Seaman cake rm120 9 inch


Blue hantaran cake rm110 8 inch


Wedding hantaran summer cake 9 inch handmade gumpaste roses rm120

Barbie Princess Cake Rm130





2 tier hantaran wedding stack cake rm 170


 


Susarpaste Lace Cake rm130 9 inch

My Cupcake Class rm150



Pillow wedding cakes rm700

Pillow cake rm150



Cupcake simple deco 16 rm 65 including transparent cases


Simple deco cupcake 16 rm 65 


I phone fb cake rm130


Hantaran cake 8 inch rm 110

Camera cake rm110

Each design rm 8








8 inch rm110


Cupcake  rm 65 for 16



8 inch rm 110

8 inch rm110
Kek buku rm 120


Mushroom house birthday cake rm150 12 inch


3 tier wedding pillar cake rm450