Sunday, January 5, 2014

Kelas Dekorasi kek Fondan Mermaid 22 December

Jutaan terima kasih semua buat Fadzellah,Kak Endon ,Shahira dan Ida kerana sudi belajar kek dengan saya..memang seronok kelas kek mermaid ini..semua orang bebas mendeko kek mngikut idea tersendiri...Mereka semua yang datang pada kali ini tidak ada pengalaman mendeko kek..Namun saya dapat melihat bakat terpendam pada diri mereka...ada yang kreatif dengan membuat mutiara,menaburkan manik-manik mutiara pada air,mewarnakan dengan silver,menggunakan pelbagai warna yang menarik..jom kita tengok hasil kerjatangan mereka untuk kelas ke 2 kek mermaid ini...







Saya tidak buat kelas seperti ini selalu..disebabkan ada  banyak permintaan saya buat tetapi mereka semua tidak datang,orang  lain yang datang pula...ada juga yang ada masaalah yang tidak dapat dielakkan..Tahun ini belum tentu saya akan membuatnya.. Biasanya.saya akan buat satu kelas sebelum berpuasa ...jikalau saya buat jangan bertangguh untuk datang ke kelas ini...khabarnya dewan Jkkk yang saya buat itu akan dirobohkan untuk dibuat highway... kalau buat dirumah pun memang tak cukup space meja makan yang 6 orang pun dah tak muat dah...

Tidak sia-sia merka yang datang kek kelas ini kerana ada beberapa orang yang dah mendapat order sehari selepas buat kek ini,ada yang seminggu dan ada juga tidak sampai satu bulan.pun, itu yang saya tahu daripada mereka yang masih menghubungi saya selepas kelas...Ini adalah satu pelaburan yang tidak merugikan dalam jangka masa yang panjang...

No comments:

Post a Comment