Friday, July 8, 2011

Camera cake



Saya ada menerima pertanyaan untuk order camera cake.Saya bukannya pandai pun dan masih baru lagi dalam dunia kek.Tak  berani juga saya nak buat kek yang lain daripada selalu... bila  saya buka   beberapa web mat salleh yang kek kameranya  tak nampak macam kamera pun.Saya cuba juga dan banyak juga ilmu  yang dapat saya pelajari daripada kek ini..Harganya $140...Tapi kalau anda order maaf saya tidak dapat buat warna hitam bedegam macamniyaa..kerana besar kemungkinan kek anda akan rosak,fondan melekit dan boleh terkoyak..Kek dalam gambarni saya brush dengan warna hitam tapi kurang sesuai kerna bila makan ia akan melekat warna hitam ditangan... Kek boleh jadi warna agak pudar sedikit...saya akan stop mencampurkan warna kalau saya dapati doh kurang elok...Tapi semuanya terpulang pada customerya anda boleh memilih nak kek hitam bedegam atau kelabu asap...

No comments:

Post a Comment