Terlebih dahulu Jutaaan Terima Kasih semua kepada Jeswari,Azizah,Rohiza,Liyana dan juga Che Sofia kerana sudi belajar kek dengan saya.Kelas ini tidak dirancang untuk dibuat,tetapi Jeswari telah meminta untuk saya membuat..Selalunya saya akan iklan di dalam blog saya selama 3 bulan,tetapi alhamdulilah kelas ini diiklan tidak samapai satu bulan dan dapatlah 5 orang semuanya..Insyallah saya akan buka lagi satu kelas pada bulan 8 June 2014 di musim cuti sekolah...
Semua yang datang pada kelas kali ini tiada basic dalam mendeko kek mahu pun deco kek krim..Yang seronoknya kelas ini kek boleh dideko mengikut kreativiti tersendiri dan juga boleh dibuat pelbagai macam pattern...Tiada satu pun sama dari mula-mula saya membuat kelas ini...tema seekor mermaid yang cantik dikelilingi dengan hidupan lautan seperti ikan,udang ,ketam,siput,mutiara ,air,rumpai laut.Pewarna metallic dari perak dan sejenis pen yang boleh dmakan diperkenalkan...sepeti melukis pada kain kanvas...ianya adalah suatu seni,khabarnya sehingga ada yang nak potong kek pun masih rasa sayang...
Di dalam kelas ini juga mereka diajar pengenalan gumpaste dan fondan ,membancuh fondan dan gumpaste,pengenalan kepada pelbagai jenis warna,membancuh resepi kek yang mudah,membuat cupcake bunga rose dan daisy seta hidupan laut yang lain...
Banyak nota-nota penting diberikan termasuk ilmu membuat bisnes kek 3 tingkat,free link tutorial diberikan,
anda juga diberikan kebebasan untuk bertanya sebarang soalan pada bila-bila masa pun walau pun selepas kelas...Ada yang sanggup datang dari Kl pada kelas sebelum ini walaupun di sana kelas kek bercambah-cambah....
Berita baik yang saya dengar ada yang mendapat tempahan selepas 2 hari membuat kek ini.. inilah .pemilik yang berjaya mendapat tempahan selepas 2 hari..Cik Liyana...
Contoh kek yang student telah buat di rumah
Ini 2 jenis kek yang dibuat oleh Liyana selepas 2 hari datang ke kelas saya ...Figurine kapal terbangnya sangat kemas...
Ini pula kek yang telah dibuat oleh Zailini dari Kl yang datang pada kelas pertama mermaid kek saya..
Ini pula kek yang dibuat oleh Fazellah ,dia berjaya membuat figurine angry bird dan cover kek yang lebih besar serta sekaligus membuat kek 2 tingkat...
No comments:
Post a Comment