Tuesday, November 12, 2013

Kelas Dekorasi Kek Fondan Mermaid





Jutaan Terima Kasih semua kepada 7 orang student yang datang belajar kek dengan saya.Terima kasih juga kepada Harian Metro yang telah mempromosikan kelas kek saya.Ramai yang telah menalipon saya untuk memasuki kelas ini ,insyallah saya akan buat lagi kelas ini pada 15,22 December 2013 sila layari untuk detail
http://ballerinacakespenang.blogspot.com/2013/11/pengumumuman-kelas-dekorasi-kek-fondan.html


Beruntung mereka semua yang datang ke kelas ini.....apa tidaknya idea saya datang secara tiba2 dan last minit  pulatu  untuk membuat kek ini.... Sebelum ini saya pun tak pernah buat kek seperti ini dan tak ada sample untuk mereka semua...semua bersetuju untuk tukar kek yang baru...saya cuba transfer bunga-bunga atas kek hantaran ke atas cupcake...sayangnya masa tidak mengizinkan untuk mereka semua membuat bunga rose  saya hanya sempat demo sahaja  mereka hanya sempat deko bunga simple .sebab itulah saya kurang bersetuju untuk mengajar cupcake bila ada beberapa orang yang menalipon saya minta saya tambah cupcake sebelum ini....  . .. kelas cupcake sebelum ini pun dari pagi sampai maghrib...maaf saya bukan nak berkira ilmu tetapi ramai yang tidak faham...kek fondan memang renyah dan tak sama dengan kelas buttercream atau continental kek yang kalau deko sahaja boleh habis dalam masa 1 jam...kek fondan akan megambil masa beberapa minit untuk sesetengah bentuk set sendiri...Tapi alhamdulillah saya dapat semua student yang baik-baik dan tidak cerewet  serta banyak bertolak ansur dengan saya...tqvm...


Alhamdulillah semua telah berjaya mendeko kek ini tanpa sebarang masaalah.Mereka  semua telah diajar teknik membancuh fondan dan gumpaste, cara melepa buttercream pada kek,cara menghasilkan rumpai laut,membentukkan kerang supaya kelihatan seakan-akan hidup,membuat hidupan laut,air dan cupcake.Link belajar kek free tutorial  dari internet diberikan,panduan membeli buku yang sesuai diberikan,banyak nota-nota penting diberikan supaya mereka semua dapat memahami dengan lebih mendalam lagi.... Memang menyeronokkan kelas ini..Kelas bermula lebih kurang pukul 11 pagi lewat sedikit kerana ada yang tersesat dan habis dalam 7:40 malam...


Ada juga yang datang tanpa ada pengalaman mendeko kek sebelum ini..tapi alhamdulillah berpandukan tunjuk ajar dan penggunaan alatan yang betul pastinya semua orang boleh buat insyallah...




Semua yang datang tiada basic kek fondan dan tanpa disedari mereka semua mempunyai bakat terpendam yang bila mendeko kek semua sentuhan  mereka terserlah...Semua berpuashati dengan hasil kerjatangan sendiri dan hilang rasa penat bila dapat melihat hasilnya...begitulah juga dengan saya...kek bukan boleh di buat cepat-cepat seperti masakan atau kuih- muih lain...saya tak jemu mendeko kek walaupun rutin harian saya agak sibuk dengan anak-anak yang bersekolah namun saya tetap berpuashati walaupun ada kek yang terpaksa dikorbankan waktu tidur untuk dideko sampai 3 pagi...lebih-lebih lagi apabila customer tersenyum gembira bila melihat kek...bukan pujian yang saya mahukan yang penting adalah puashati...Ramai menyuruh saya membuka kedai,bukannya apa saya rasa lebih sesuai membuat di rumah kerana dapat menguruskan rumahtangga dan flexible hours...kalau ada oder saya buat kalau tiada saya boleh rehat...


Anda bebas mendeko kek mengikut kreativiti sendiri...Ada lapan jenis kek di sini... Pilih pattern mana yang suka...Tahniah ada orang dah dapat oder selepas sehari buat kek ini...






Deko kek di atas ini di buat oleh anak saya yang berumur 12 tahun...





No comments:

Post a Comment