Thursday, July 28, 2011

Tambah ilmu real like flowers bersama Shahril












Sempat juga saya belajar di ICCA  Kota Damansara bersama Shahril yang memang pakar untuk menghasilkan bunga  seperti  hidup  daripada gula.Class demo yang berlangsung  selama hampir 4 jam ,hampir 30 orang attended the class.Kami diajar satu persatu teknik menghasilkan bunga dan daun  seperti dalam gambar .Bunga ini memang detail perlu  ada urat supaya ia nampak hidup kemudian digelek untuk menipiskan kelopak,dicucuk dawai  satu persatu kemudian diwarnakan dengan petal dust.Berbagai warna yang saya tidak pernah dengar digunakan.Bunga dispray dengan food gloss atau non stick pan spraying.Setelah dikeringkan barulah diikat.Kata Shahril bunga ini mengambil masa selama 2 hari untuk disiapkan.Apa pun memang berbaloi saya pergi ke class Shahril .Terima kasih buat Shahril dan ICCA.

Monday, July 25, 2011

iPhone Facebook Cake Order from Najiah



Terima Kasih Najiah .Dia order 2 biji kek untuk hantaran pertunangannya.iPhone cakeni kalau siapa nak order kek 10 inch with edible image,special price $150!!!.Please take note gambar asalni adalah hand painting ya...Saya rasa walaupun kek ini nampak simple tetapi lebih susah dari kek kamera.Saya menggunakan  hampir satu botol warna hitam untuk mendapatkan warna seperti di atas...Bagi saya kek ini adalah disaster kek...Berbelas jam saya membuat sebijik kek ini...doh dah memang susah dicover dan mudah terkoyak...Lain kali saya tidak akan membuat warna hitam pekat begini  ,saya kena stop  tambah warna bila doh dah nampak tak cantik...Piping royal icing pressurenya lain sikit...dan royal icing mudah retak  so  thats while saya akan gunakan edible image...tapi bagi Najiah katanya kek ini ok dan dia tak kisah pun...Apa pun makin lama makin banyak yang saya dapat belajar...

Friday, July 15, 2011

Take The Cake

Thursday, July 14, 2011

Kek Hantaran Hijau


Kek ini adalah dummy cake,kerana saya mahu mencuba texture rolling pin yang baru dibeli.Untuk membuatkan corak supaya nampak timbul saya sapukan  americolor   pearl sheen.Bordernya saya brush dengan  gold luster dust.
Luster dust   merupakan serbuk yang berwarna gold  berkilat seperti eyeshadow ,memang mahal 2gram $17  itupun saya dah tertumpah setengah  kerana penutupnya sukar ditutup.Kalau nak guna titiskan bersama jus lemon baru  dia tak kering.

Friday, July 8, 2011

Camera cake



Saya ada menerima pertanyaan untuk order camera cake.Saya bukannya pandai pun dan masih baru lagi dalam dunia kek.Tak  berani juga saya nak buat kek yang lain daripada selalu... bila  saya buka   beberapa web mat salleh yang kek kameranya  tak nampak macam kamera pun.Saya cuba juga dan banyak juga ilmu  yang dapat saya pelajari daripada kek ini..Harganya $140...Tapi kalau anda order maaf saya tidak dapat buat warna hitam bedegam macamniyaa..kerana besar kemungkinan kek anda akan rosak,fondan melekit dan boleh terkoyak..Kek dalam gambarni saya brush dengan warna hitam tapi kurang sesuai kerna bila makan ia akan melekat warna hitam ditangan... Kek boleh jadi warna agak pudar sedikit...saya akan stop mencampurkan warna kalau saya dapati doh kurang elok...Tapi semuanya terpulang pada customerya anda boleh memilih nak kek hitam bedegam atau kelabu asap...