Sunday, December 25, 2011
Sunday, November 27, 2011
Monday, November 7, 2011
My Cake Tools
Ini adalah penerap yang digunakan untuk menghasilkan bunga ,border untuk manik dan untuk menerapkan cupcake serta boleh juga digunakan untuk menghasilkan renda atau frill...
Penerap ini boleh menghasilkan pelbagai jenis bunga seperti di dalam gambar....
Penerap pelbagai bentuk ...
Penerap huruf dan number...
Penerap yang menghasilkan berbagai corak kemudian dilukis menggunakan buttercream atau royal icing...
Perlu ada kalau bake cupcake paper cup dan cake akan mudah mengembang kalau kita tidak menggunakannya...
Measurement cup ,cake tester mesti kena ada...
Crimp untuk menghasilkan biku pada tepi kek...
Rolling pin bertexture,fondant smoother,alat pita pengukur untuk mengukur fondan,pizza cutter,brush, tool untuk pelbagai guna,tweezer untuk meletakkan manik bunga,chopstick untuk mencucuk kek bertingkat serta border renda......
Untuk piping ...
Ini adalalah warna yang saya gunakan.Pewarna boleh didapati dari jenis gel americolor,paste brand wilton,serbuk yang di panggil luster dust dan petal dust yang digunakan untuk menghasilkan warna yang berkilau atau bunga akan nampak lebih hidup...Pewarna air tidak sesuai digunakan dan juga pewarna minyak untuk aising buttercream kedua2nya akan menyebabkan doh melekit dan lembek...
Tuesday, October 18, 2011
Monday, October 3, 2011
My Cake Book Collection
Ini adalah buku terbaru yang saya beli.Lama juga saya mencari bukuni tapi kat belah Penang lambat sikit ,bukan lambat banyak sampai.Secara keseluruhan bukuni lebih kepada penggunaan acuan patchwork,stencil dan deko cupcake yang menarik...Semestinya saya akan membeli buku keluaran sifu saya....
Kalau ada sesiapa nak belajar kek fondan saya strongly recommand beli bukuni.Memang banyak jenis kek yang menarik serta penggunaan tools diajar...Sorry tak berani saya nak view gambar kek dalamm bukuni sebab dah tertulis hak cipta terpelihara dilarang menyebarkan mana2 bahagian dalam bentuk elektronik....Memang puashati beli bukuni...Resepinya adalah the best resepi yang pernah saya cuba....
Kek dalam bukuni semuanya cantik-cantik lebih kepada kek perkahwinan ,hantaran...
Ini adalah buku Alan Dunn..Memang best bukuni,bunga macam hidup,diajar secara detail menghasilkan bunga rose,lily,kek perkahwinan...tapi sayangnya dia hanya memberitahu warna digunakan tetapi tak ditunjukkan teknik mewarna..kalau nak belajar dengan Alan kena bayar $3000 untuk kelas 2 hari sahaja itupun di London..Apapun saya dah tahu tekniknya setelah belajar dengan Shahril....
Bukuni pun bagus sesuai untuk sesiapa yang baru nak belajar kek buttercream keluaran Zati d hati...
Bukuni pun memang bagus diajar teknik membuat kek lapis lengkap dengan gambar...
Kek memang cantik tak terjangkau akal macamana kreatif sipembuatnya...sayangnya tak ditunjukkan cara membuat dan alat sesiku yang digunakan tak ditunjukkan..kurang sesuai untuk orang yang baru belajar macam saya...
Buku yang mengajar membuat coklat cara mudah...Saya dah cuba tetapi fillingnya meleleh keluar..Apa pun semetinya kesilapan yang berpunca dari diri saya sendiri...
Sunday, September 4, 2011
Thursday, July 28, 2011
Tambah ilmu real like flowers bersama Shahril
Sempat juga saya belajar di ICCA Kota Damansara bersama Shahril yang memang pakar untuk menghasilkan bunga seperti hidup daripada gula.Class demo yang berlangsung selama hampir 4 jam ,hampir 30 orang attended the class.Kami diajar satu persatu teknik menghasilkan bunga dan daun seperti dalam gambar .Bunga ini memang detail perlu ada urat supaya ia nampak hidup kemudian digelek untuk menipiskan kelopak,dicucuk dawai satu persatu kemudian diwarnakan dengan petal dust.Berbagai warna yang saya tidak pernah dengar digunakan.Bunga dispray dengan food gloss atau non stick pan spraying.Setelah dikeringkan barulah diikat.Kata Shahril bunga ini mengambil masa selama 2 hari untuk disiapkan.Apa pun memang berbaloi saya pergi ke class Shahril .Terima kasih buat Shahril dan ICCA.
Monday, July 25, 2011
iPhone Facebook Cake Order from Najiah
Terima Kasih Najiah .Dia order 2 biji kek untuk hantaran pertunangannya.iPhone cakeni kalau siapa nak order kek 10 inch with edible image,special price $150!!!.Please take note gambar asalni adalah hand painting ya...Saya rasa walaupun kek ini nampak simple tetapi lebih susah dari kek kamera.Saya menggunakan hampir satu botol warna hitam untuk mendapatkan warna seperti di atas...Bagi saya kek ini adalah disaster kek...Berbelas jam saya membuat sebijik kek ini...doh dah memang susah dicover dan mudah terkoyak...Lain kali saya tidak akan membuat warna hitam pekat begini ,saya kena stop tambah warna bila doh dah nampak tak cantik...Piping royal icing pressurenya lain sikit...dan royal icing mudah retak so thats while saya akan gunakan edible image...tapi bagi Najiah katanya kek ini ok dan dia tak kisah pun...Apa pun makin lama makin banyak yang saya dapat belajar...
Friday, July 15, 2011
Thursday, July 14, 2011
Kek Hantaran Hijau
Kek ini adalah dummy cake,kerana saya mahu mencuba texture rolling pin yang baru dibeli.Untuk membuatkan corak supaya nampak timbul saya sapukan americolor pearl sheen.Bordernya saya brush dengan gold luster dust.
Luster dust merupakan serbuk yang berwarna gold berkilat seperti eyeshadow ,memang mahal 2gram $17 itupun saya dah tertumpah setengah kerana penutupnya sukar ditutup.Kalau nak guna titiskan bersama jus lemon baru dia tak kering.
Friday, July 8, 2011
Camera cake
Saya ada menerima pertanyaan untuk order camera cake.Saya bukannya pandai pun dan masih baru lagi dalam dunia kek.Tak berani juga saya nak buat kek yang lain daripada selalu... bila saya buka beberapa web mat salleh yang kek kameranya tak nampak macam kamera pun.Saya cuba juga dan banyak juga ilmu yang dapat saya pelajari daripada kek ini..Harganya $140...Tapi kalau anda order maaf saya tidak dapat buat warna hitam bedegam macamniyaa..kerana besar kemungkinan kek anda akan rosak,fondan melekit dan boleh terkoyak..Kek dalam gambarni saya brush dengan warna hitam tapi kurang sesuai kerna bila makan ia akan melekat warna hitam ditangan... Kek boleh jadi warna agak pudar sedikit...saya akan stop mencampurkan warna kalau saya dapati doh kurang elok...Tapi semuanya terpulang pada customerya anda boleh memilih nak kek hitam bedegam atau kelabu asap...
Monday, June 20, 2011
Cakes Gallery
Seaman cake rm120 9 inch
Blue hantaran cake rm110 8 inch
Wedding hantaran summer cake 9 inch handmade gumpaste roses rm120
Barbie Princess Cake Rm130
2 tier hantaran wedding stack cake rm 170
Susarpaste Lace Cake rm130 9 inch
My Cupcake Class rm150
Pillow wedding cakes rm700
Pillow cake rm150
Cupcake simple deco 16 rm 65 including transparent cases
Simple deco cupcake 16 rm 65
I phone fb cake rm130
Hantaran cake 8 inch rm 110
Camera cake rm110
Each design rm 8
8 inch rm110
Cupcake rm 65 for 16
8 inch rm 110
8 inch rm110
Kek buku rm 120
Mushroom house birthday cake rm150 12 inch
3 tier wedding pillar cake rm450
Subscribe to:
Posts (Atom)